FAQ Tentang Gred Jersi
Kenapa jersey bola sepak kebanyakannya made in thailand?
Dekat Thailand ni banyak jenis kain untuk buat jersi bola. Selain Thailand, Indonesia & China pun banyak juga kain jenis tu. Tapi kalau nak dibandingkan antara tiga tu, Thailand la lebih terbaik hingga kedai sukan berjenama sperti Al-ikasaan (bukan nama sebenar) pun barang dia majoriti dari Thailand. Tapi lebih mahal sebab brand kedai tu sendiri, dan mereka lebih pakar dalam mencari kualiti yang terbaik. baju bola yang made in italy, germany bagai tu pon mahal padahal kain sama je.. kemungkinan sebab kain untuk buat jersi bola ni boleh dikatakan agak susah nak dapat maybe..Jersey bola ni gred apa yg ada?
Untuk pngetahuan anda semua, jersey replika bola ni ada 4 gred. antaranya ialah AAA & Super A. Super A ni sama je dengan AAA cuma Super A yang dibuat dari Thailand ni lebih sikit kualitinya drpd gred AAA a.k.a. triple A yang dibuat dari China . Ketiga dan keempat pula kalau untuk Nike dia ada Fan issue dan Player issue. Fan issue ni dikenali sebagai 2nd grade / 2nd ori. Dah nama fans, kualiti dia pon thap fans la.. Lastly, Player issue yg kualitinya tahap player. Manakala klau untuk adidas, dia ada Adizero dan Climacool. Climacool ni sbenarnya Fan issue. Kalau Adizero ni sbenarnya Player issue. Nama lain dia lagi Techfit. Tp tu design tahun lepas (2013). Entah apehal la nama banyak sangat padahal sama je. Baru 2 brand, dah pening dah. brand lain nnti kami cerita la..so kesimpulannya, (Turutan Terbaik)
1- Original
2- adizero (Adidas) = Techfit (Adidas jugak) = player issue (Nike)=Copy Ori
3- Climacool (Adidas) = Fan issue (Nike) = 2nd grade = 2nd ori
4- Super A (Thai) = AAA(China)
5- AA (standard pasar malam, bsuh mesin tertanggal logo, semua gred jersi jangan basuh mesin pls)
6- A( yang ni tak prnah jmpa)
7- B (yang ni lagi laa..)
Apa Beza Kualiti Berdasarkan Gred Jersey dan Macam Mana Nak Kenal Pasti?
Ok. yang ni memang panjang sikit nak cerita..dah berapa kali update dah entry ni. kita mulakan dengan AAA lah ye, sebab yang AA, A dan B ni sangat jarang orang beli dan jual. kalau nak juga, carilah yang agak-agak senang rosak.. itu maybe AA or A or B la tu.. so, lets start with other than that..AAA atau Super A
Super A ni merupakan kualiti yg biasa dari siam. Yang ni memang tak tahulah berapa % sama dengan original. Buat ikut kepala tauke dia, nak jahit logo or tampal. kemasan benang dia lemah. Manakala dari segi packaging plak, mnggunakan plastik lutsinar keras atau jual tak ada plastik, bagi je plastik beg apa yang ada. Ni selalunya kat pasar malamlah. Hakikatnya ramai yang pakai Gred ini.Fan Issue (FI) atau Climacool atau 2nd grade
Klau tengok je memang tak ada beza dengan AAA, tapi kalau pegang kain dia lebih lmbut. Jahitan dia lebih kemas. Sizing eropah, saiz jersi SS, S, M, L dan XL yg besar skit dr AAA. Maybe beza dalam 0.5inch. Packaging menggunakan plastik polybag yang ada seal macam bekas ubat (yang macam kat klinik punya plastik ubat tu) dan ada logo brand jersi pada plastik. Logo klub dan brand mungkin ikut dan mungkin tak ikut yang ori. Faham tak kat situ, maknanya yang fan issue/climacool ni dia akan cuba ikut yang official fan issue punya which is 98-99% sama dengan yang original. Kalau yang original punya ada Airhole, yang versi ini tak ada ciri tersebut. Itulah beza ketara PI & FI. Itu dia, sebab itu dia tak mencecah 99% sama dangan ori.
Packaging polybag (plastik ubat) dan ada logo brand pd plastik (kiri)
Player issue (PI) or Adizero
Ini merupakan kualiti replika yang tertinggi. Kain dia lebih ringan dan sesetengahnya boleh diregang untuk mengikut bentuk badan. BUKAN SEMUA klub ada fungsi ini. Hanya klub yang mengeluarkan versi ini sahaja ada. Contohnya macam Arsenal dan Manchester United. Lagi satu, untuk musim dan klub tertentu, dia ada lubang udara kat tepi baju. Pulak dahh.. Tengok musim dan klub juga, kang nanti ada yang pergi cari Airhole dekat jersi yang memang tak ada mengeluarkan ciri-ciri tersebut. Dan ciri ini hanya untuk Nike sahaja. Adidas belum ada lagi yang mengeluarkan ciri Airhole setakat ini. Logo klub dan brand mengikut original punya. Sebagai contoh, untuk Barcelona kit musim 14/15, yang original punya logo klub dan brand dijahit, maka yang player issue punya akan dijahit.
Airhole tepi baju (Nike only)
Logo tampal (Adidas only)
Original
Tak payah cerita panjang, inilah kualiti yang paling tertinggi. Kalau tadi, kualiti replika paling tertinggi, tapi ini kualiti all-time paling terbaik. Yang ni lah player pakai. Kalau anda pergi match Barca ke, Manchester United ke, and player bagi jersi dia pada anda (aduhh, bertuahnya manusia ni),
jangan ragu-ragu, terus masuk iklan kat ebay.. haha, gurau.. simpan la..Tu sememangnya kualiti original.. Kalau beli harga boleh mencecah sehingga beratus-ratus. Yang ni khusus memang kepada pengumpul tegar dan ketahuilah bahawa kami sendiri pun tidak jual. Kalau beli, akan dapat sekali dengan beg dan baju yang dilindungi dengan tali pinggang keledar lagi.. Takut2 accident, cedera parah baju..
Jersi Chelsea Original
So kesimpulannya, always put in your mind yang baju kami jual ni memang tidak akan exactly sama dengan original. Kalau nak cari PI or FI punya jersey, try google dulu tengok yang original punya macam mana dan cari yang hampir sama, dari segi logo yang ori tu jahitan or tampal.. yang ori ada Airhole ke tak, ada getah T pada bahu ke tak (design 13/14).. banyaklah kena tahu, sebab setiap klub punya jersey dia takkan sama walaupun brand sama, sebab dia ikut klub punya permintaan juga.. Kalau rasa mampu dan tak mampus, belilah yang original simpan dalam frame. Kalau tak mampu, janganlah membazir beli mahal-mahal. sebab setiap tahun akan berubah design, so rugi je beli mahal-mahal.. ok dah membebel.. bye
Slm boss..nk tye..klu jersi copy ori china ok x???
ReplyDeleteTq2..byk dpt ilmu..lg2 part gred jersey tu
ReplyDeleteoriginal biasa nya akan tulis made in mana yea???
ReplyDelete