Thursday, 27 August 2015

Perbezaan ciri Replica & Authentic

Replica Vs Authentic

Mungkin ada yang pernah terdengar jersey replika dan authentic ni. What does it mean? actually replika dan authentic ni sebenarnya salah satu ciri yang ada pada jersi bola sepak. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk meringankan seringan-ringannya jersi.

Replica 

Jersi replica adalah ciri-ciri biasa yang semua kelab ada. Dia tak menitik beratkan sangat pada berat overall jersey. SELALUNYA logo klub dan brand dijahit. Dan ia mempunyai ciri loose fit. thats mean dia bukan jenis yang tight sampai melekat kat kulit.

Contoh Replika

Authentic

Manakala untuk jersi yang mempunyai ciri authentic ni, hanya sesetengah klub sahaja yang produce. Malah, ada juga klub yang hanya produce hanya untuk pemain tertentu sahaja dan ia tidak dijual kepada umum. Contoh klub tersebut adalah Liverpool. Selalunya pemain yang memerlukan kalajuan seperti bahagian Wing yang memerlukan ciri ini. 

Ciri-cirinya adalah logo klub dan brand diprint atau tampal. Logo yang ditampal lebih ringan sikit berbanding logo yang dijahit. Macam tak ada beza pun sebenarnya, tapi perbezaan berat dia sedikit berbeza kalau pemain berpeluh. Peluh akan diserap benang jahitan dan menambahkan lagi berat jersey. 

Selain itu, kainnya lebih nipis dan berongga (breatheable) untuk bantu keluarkan peluh. Satu lagi ciri penting versi ini adalah ia tight fit. Bermakna dia melekat pada kulit dan menampakkan bentuk badan. Ini dapat mengurangkan luas permukaan yang terdedah dan dapat kurangkan rintangan angin untuk menambahkan lagi kelajuan. Kainnya diperbuat dari polyester, memudahkan untuk grip body like mumia. 

Manakala dari segi saiz pula, saiz dia lebih kecil dari saiz replika walaupun kedua-duanya saiz S . Kalau taknak mati darah tak jalan. belilah besar sikit. Walaupun teramatlah sedikit perbezaan dia, maybe around 0.2%, ia dapat membantu player punya movement, terutama yang ada kelebihan larian kilat seperti Theo Walcott. Sumpah laju dia ni. Selain daripada nak tunjuk body muscle like Sanchez (haha..), itulah fungsinya. 

Betapa sangat dititikberatkan walaupon nampak macam tak ada beza mana pun, tapi itulah yg sedikit membantu pemain. Bukan dari segi kelajuan je, dari segi nak buat lompatan semua tu diambil kira. Tapi la kan, apa yang kita tengok, Arsenal punya baju tu memang ketat gila. Real Madrid pun baju dia ada Authentic jugak, tapi takde la seketat arsenal. Agaknya lah kan, kalau dibenarkan fifa untuk tak pakai baju, rasanya ramai player yang tak nak pakai baju. Tp nak buat mcm mna, dah rule fifa kena pakai baju, tu yang keluar jenis authentic ni.




Klau nak tengok perbezaan dari segi pemakaiannya, ini adalah contoh perbezaan ketara yang dapat kita tengok.

Gnabry (kiri) pakai yang jenis replika & Walcott (kanan) pakai yang jenis authentic.

So guys, itulah sedikit sebanyak perbezaan kedua-dua versi jersey ini. Banyak lagi kalau nak ikutkan. Just nak ingatkan, Authentic dan replika ni tak ada kaitan dengan gred jersi. Ia hanya ciri tambahan untuk sesetengah jersi. Janganlah pulak nanti pergi marah tauke kedai kata jual player issue tapi tak authentic. Replica doesn't mean ia bukan player/fan issue. It just a regular replica.

Tapilah kan untuk mendapatkan jersey versi authentic ni almost imposible, sebab versi ni kebnyakannya dikeluarkan hnya untuk player yg request nak pakai tight je. Yang ada kat pasaran mungkin agak mahal. Dan kalau dah beli gred replika yang ada ciri authentic, paham-paham jelah. dia takkan betul-betul fit macam yang player pakai nampak muscle tu. Tu yang player pakai tu memang sah-sah la original punya. Ada jugak yang beli, tapi dia punya regangan tu tahan sekejap je, lepas tu loose. Ada jugak yang macam tu. Kalau jumpa seller yang jujur untunglah dia bagitau, tapi kalu tak, kena tipu hidup-hidup. 

Lastly, kalau rasa badan tu agak mascular dan nak belanja orang sekeliling, carilah yang jenis authentic. bukan belanja muscle je, duit pon kena belanja lebih jugak la. Tapi kalau badan tu dah macam ibu mengandung.. paham-paham lah kan.. tak salah nak pakai.. Cuma.. agak kesian lah orang yang dibelanja disekeliling tu.. hehe..

Sekian,



No comments:

Post a Comment

Hak cipta milik Jer-z Store Online